Khamis, 29 Mei 2014

Video Laporan Kemangkatan DYMM Sultan Azlan Shah


Laporan Berita Kemangkatan Sultan Perak di RTM

Daerah-daerah dalam negeri Perak


Secara umumnya, negeri Perak terbahagi kepada sembilan (9) buah daerah:

  1. Batang Padang
  2. Manjung
  3. Kinta
  4. Kerian
  5. Kuala Kangsar
  6. Larut & Matang
  7. Hilir Perak
  8. Ulu Perak
  9. Perak Tengah
Berikut adalah senarai Daerah dan Mukim-mukim di dalamnya yang admin petik dari laman http://www.statistics.gov.my


Daerah: BATANG PADANG
Mukim:
  • Batang Padang
  • Bidor
  • Chenderiang
  • Slim
  • Sungkai
  • Ulu Bernam Timor & Barat
Daerah: MANJUNG (DINDING)
Mukim:
  • Beruas
  • Lekir
  • Lumut
  • Pengkalan Baharu
  • Sitiawan

Daerah: KINTA
Mukim:
  • Belanja
  • Kampar
  • Sungai Raia
  • Sungai Terap
  • Tanjong Tualang
  • Teja
  • Ulu Kinta

Daerah: KERIAN
Mukim:
  • Bagan Serai 
  • Bagan Tiang
  • Beriah
  • Gunong Semanggol
  • Kuala Kurau
  • Parit Buntar
  • Selinsing
  • Tanjong Piandang

Daerah: KUALA KANGSAR
Mukim:
  • Chegar Galah
  • Kampung Buaya
  • Kota Lama Kanan
  • Kota Lama Kiri
  • Lubok Merbau
  • Pulau Kamiri
  • Saiong
  • Senggang
  • Sungai Siput

Daerah: LARUT DAN MATANG
Mukim:
  • Asam Kumbang
  • Batu Kurau
  • Bukit Gantang
  • Ulu Ijok
  • Jebong
  • Kamunting
  • Pengkalan Aor
  • Selama
  • Simpang
  • Sungai Limau
  • Sungai Tinggi
  • Terong
  • Tupai
  • Ulu Selama

Daerah: HILIR PERAK
Mukim:
  • Bagan Datoh
  • Changkat Jong
  • Durian Sebatang
  • Hutan Melintang
  • Labu Kubong
  • Rungkup
  • Sungai Durian
  • Sungai Manik
  • Telok Baharu

Daerah: ULU PERAK
Mukim:
  • Belukar Semang
  • Belum
  • Durian Pipit
  • Grik
  • Kenering
  • Kerunai
  • Pengkalan Hulu
  • Lenggong
  • Temelong
  • Temengor

Daerah: PERAK TENGAH
Mukim:
  • Bandar
  • Belanja
  • Bota
  • Jaya Baharu
  • Kampong Gajah
  • Kota Setia
  • Lambor Kanan
  • Lambor Kiri
  • Layang-Layang
  • Pasir Panjang Ulu
  • Pasir Salak
  • Pulau Tiga

Rabu, 28 Mei 2014

Petikan akhbar (Berita Harian) : Sultan Azlan Shah mangkat

Petikan ini admin petik dari laman Berita Harian: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SultanAzlanShahmangkat/Article/?mutakhir=1

DULI Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi. - Foto BERNAMA
IPOH: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi.

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta anakanda baginda termasuk Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah berada di sisi ketika kemangkatan baginda.

Seluruh rakyat jelata turut bersedih dengan berita kemangkatan baginda yang diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang disiarkan RTM.

Serentak pengumuman itu, seluruh negeri berkabung dengan bendera Negeri Perak dikibar separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari, bermula hari ini.

Almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas Asar esok.

Belangsungkawa

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah

- Almarhum baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak
- Anak kepada Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah
- Yang di-Pertuan Agong Malaysia kesembilan
- 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan Almarhum baginda sebagai Raja Muda Perak
- 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34
- 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi


Pendidikan
----------

- Government English School, Batu Gajah (kini SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah)
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Ijazah Sarjana Muda Undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom pada tahun 1953
- 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn

Kerjaya
--------

- Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
- Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen
- Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
- Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
- Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
- Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
- 1965 Almarhum dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya sekali gus menjadi hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel pada usia 37 tahun.
- 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
- 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
- 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara kelima menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara

Sumbangan
---------

- Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
- Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986 hingga Mei 2014
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986
- Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999

Sukan
-----
- Almarhun baginda Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
- Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
- Presiden Hoki Asia
- Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
- Membina Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983.
- Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.

al-Fatihah... DYMM Sultan Kerajaan Perak, Sultan Azlan Shah Mangkat

Admin mengucapkan salam takziah buat keluarga, kerabat dan semua rakyat Perak atas kemangkatan almarhum DYMM Sultan Azlan Shah. Dikhabarkan baginda telah mangkat sekitar jam 1.30 petang, 28 Mei 2014. Semoga baginda ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah...


Pengenalan Blog



Mungkin ramai yang beranggapan blog ini adalah sterotaip kepada pelbagai laman lain seumpamanya. Terlebih dahulu admin memohon maaf jika sekiranya memang begitu.

Tujuan blog ini hanya sekadar perkongsian informasi yang admin perolehi berkaitan negeri Perak. Walaupun admin tidak menetap di Perak, tapi admin lahir di Perak.

Dalam blog ini, admin akan cuba berkongsi sebanyak mungkin informasi berkaitan negeri Perak tanpa mencampur adukkan isu-isu yang sensitif kepada sesetengah orang. Bukan tidak peka, tapi admin rasa sudah banyak laman lain yang boleh merungkai pelbagai isu tersebut dengan lebih terperinci dan ilmiah. Salam perkenalan dan salam kasih-sayang dari Admin.